layout

layout

Monday, November 8, 2021

'TAKPE' yg dikorbankan

Semakin meningkat usia ni, semakin aku mengerti
'Takpe' adalah salah satu cara utk memuaskan hati manusia.
Xpelah kne memendam perasaan sndri demi melihat senyum bahagia mereka. 
Xpelah kne berpura happy walaupun ada yg menyentap hati
Xpelah senyum walaupun jauh kedalam luke yg ditahan. 
Xpelah berdiam walaupun byk yg perlu dihujah perlu di bantah perlu dipertahankan kerna lidah lebih tajam dr pisau. 
Xpelah menangis sendiri kerana tak mungkin ada yg mengerti. 
Xpelah bersendirian walaupun zahir terlihat ramai orang
Xpelah diabaikan walaupun jiwa terlalu kosong dengan kasih syg. 
Xpelah tak dianggap sebagai seseorang kerana terlalu biase dgn adenya didepan mata. 

Sampai aku berada pada satu tahap. Xpelah aku hilang di dunia ini kerana aku mgkn xdiperlukan oleh sesiapa. 
Atau mungkin xpelah jika segala ingtan dan memori ni hilang kerana terlalu byk sakit hingga aku lupa rase nya bahagia dan manis itu. 

Kalau lah ade seseorang yg dtg pada aku dan berkata...
Aku ade utk ko.. Kuatlah..  Kite sama2 kuat ya. 
Sygnya yg paling hampir pun kian mnjauh. 
Begitulah sendiri nya aku. 

Lostmyhope. 
08112021


Saturday, August 7, 2021

TERLALU SAKIT

Aku punyai ramai orang disekeliling aku..
Yang buat aku bahagia
Yang buat aku menangis
Yang buat aku jadi kuat
Yang buat aku jadi lemah

Tapi

Aku tak punya sesiapa untuk aku berkongsi tentang sakitnya aku.
Mungkin sbb aku xtahu mcm mne utk berkongsi.
Mungkin aku xsanggup membebankan sesiapa. 
Kerana mungkin mereka lebih sakit. 
Mungkin jugak aku terlalu mnjaga hati dan emosi mereka disekeliling aku.
Jadi aku pilih untuk menulis. 

Aku xpernah rase aku hilang seperti ini.
Aku hilang semangat.
Aku hilang keseronokan
Aku hilang perasaan teruja.
Aku hilang semua rasa. 
Aku hilang siapa diri aku. 

Aku terlalu sedih dalam senyum ketawa aku. 
Aku terlalu sunyi dalam dunia yg bising ni.
Aku terlalu rindu dalam kehidupan yg ramai ini.
Aku terlalu lemah utk terus bertahan sendirian. 
Aku terlalu letih menyeka air mata yg hadir tanpa punca.

Aku cuma mahu berkongsi 
yang aku Terlalu rindu pada keluarga aku
Yang aku terlalu takut kehilangan org yg aku sayang
Yang aku terlalu sakit utk berpura pura yg aku kuat sdgkan aku hanya mampu menagis utk diri aku sndri. 
Yang aku sedang cuba utk bertahan dan berusaha utk buat yg terbaik walaupun aku da sampai tahap hampir putus asa dengan semua nya. 

Ya aku Terlalu pentingkan diri. 
Sdgkan mereka yg lain lebih berat ujiannya. 
Tapi salahkah aku. 
Salah kah aku untuk sesekali aku kalah dgn emosi aku. 
Salah kah aku untuk sesekali aku rase mahu berhenti sekejap mnjadi kuat..

Aku cuma perlu lepaskan ape yg berbuku dihati ini walaupun tiada siapa peduli. 
Semoga aku berjaya. 
Semoga Sembuhlah seperti biase agar aku bole mnjadi yang terbaik buat mereka. 


Mental dan emosi yg sedang sakit. 
07082021.17.55




Tuesday, July 13, 2021

RINDU

RINDU

Aku cuma rindu.
Rindu yg buat air mata mengalir tanpa diketahui punca. 
Rindu yg buat aku berjaga mlm seperti tak punya rase letih.
Rindu yg buat aku rase siang yg terlalu kosong berlalu tanpa sebarang rasa.

Aku cuma rindu.
Rindu pada diri yg bersemangat setiap masa. 
Rindu pada akal yg sentiasa berfikir tntg seronok nya melalui hari hari hidup aku.
Rindu pada rase teruja dengan cabaran hidup. 
Rindu pada rase bebasnya mnjadi diri sndri. 
Rindu untuk membahagiakan diri sendiri.

Biasanya setiap kali rindu ini dtg,
Penawar paling mujarab adalah mak ayah.
Cukup sekadar dpt balik bersalam, pelukan kasih syg, 
Meluangkan masa berkongsi cerita.
Makan bersama. Menatap wajah mereka. 
Cukup.
Itu terlalu cukup buat aku utk jd seorg yg sgt kuat.
Terlalu cukup utk bg kekuatan pada hati dan jiwa. 

Sakit.
Sampai bila aku harus sakit. 
Aku sudah sampai tahap dimana aku rasa terlalu putus asa dgn diri sendri.
Jauh dlm hati ini, semoga keadaan kembali pulih
Agar aku bisa berjumpa dengan penawar yg mampu
Memulihkan jiwa yg terlalu sakit ni. 

Aku dikelilingi dengan ramai org.
Aku hidup dalam satu kelompok yg terlalu besar
Itulah yg buatkan aku terlalu berhati hati
Berhati2 dlm mnjaga hati manusia disekeliling aku.
Tanpa aku sedar 
sbnrnya aku menidakan jiwa aku yg sebenarnya 
kerana aku terlalu berhati hati mnjaga hati. 

Aku terlalu takut berkongsi kegusaran kerana
Mungkin aku mnguris hati mereka disekeliling aku. 
Aku terlalu takut berkongsi kesedihan
Kerana mereka disekeliling aku terlalu sedih dgn ujiannya
Aku terlalu takut utk bersuara 
Kerana mgkin mereka disekeliling aku mungkin akan salah mentafsir
Sakit sungguh rase semua ni. 

Semoga rindu aku akan diubati. 

Thursday, November 5, 2020

Diam yg membunuh💔

Diam nya sesorg itu membawa pelbagai maksud.
Diam kerana ketenangan. 
Diam kerana membuat keputusan. 
Diam kerana memperbaiki kehidupan.

Namun. 

Diamnya aku bila aku sudah tidak mampu punyai ape sahaja rasa. Suka, marah, benci, derita, mengharap. Tidak itu semua itu.
Diamnya aku sebab terlalu memendam. 
Ape guna miliki semua itu jika hidup hanya utk bertahan.
Hidup hanya utk mnjadi tempat untuk dipersalahkan. 
Kasihan. 
Sedangkan diri sendri terase hilang dirinya. 
Ape lagi yang mahu diharapkan dari yang lain. 

Adakah salah keputusan yang telah dipilih. 
Adakah masih ad ruang untuk kembali pada diri ini.
Adakah ini harga untuk sebuah kehidupan., sungguh aku tak mampu untuk ini.
Apa pengakhiran yg bakal aku lalui. 
Aku rase aku sedang dibunuh dgn diam. 
Hampir terhapus semua rasa yg ade. 

Kasihannya pada hati ini. Kasihannya pada impian itu. Kasihannya pada harapannya. Adakah aku perlu bertahan tanpa rasa. Atau perlu membuat semua terase.

Untuk seketika ini, aku rasa aku perlu hilang. Ak perlu tidak wujud pada sesiapa. Mungkin itu yang dimahukan. Sebuah kehilangan dalam diam. 

Ye, semua punyai takdir, inilah takdir aku. 

Aku. Yang merindui diri aku itu.
051120

Monday, February 10, 2020

hati hati menjaga hati💝

Memiliki satu hati, namun perlu mnjaga banyak hati. Kerana dari banyak nya hati itu adalah merka yg perlu diadilkan perhatian masa dan kasih syg. Itu blm dipersoal tntg jasa yg perlu dibalas. Tentag tanggungjawab yg tlh dijanjikan. Nth sempat atau tidak. 
Namun satu hati ini selalu gagal dlm memneri rase adil kepada semua. Terpaksa juga mengorbankan mereka yg salama ini mnjd keutamaan. Semua mjd lain setelah terikat dgn satu lafaz. Perlu sntiasa bersedia utk megecawakan hati yg slme ini jd keutamaan.
Kalaulah satu hati ini bole diberikan kepada semua, tp ia mustahil. 
Kalau lah mereka bole memahami syg nya tidak. 
Ini lah pertaruhan yg perlu dilalui. Inilah yg dinamakan kehidupan. 
Sampai satu masa aku rasa kan yg semua nya kosong sehingga ak hilang rase utk menginginkan apa apa.  Tetap satu yg aku pegang selagi ad nafas. Selagi itu akan aku cuba untuk jd yg terbaik pd semua. Semua yg aku syg. Semoga akan tidak berhenti utk mmberikan kesenagan dan kebahagian kepada hati mereka semua.. Semoga nt dihujung usia aku. Akan ada yg sudi mnjge hati tua aku..

Nukilan. 
*hati yg sedang terguris*