Yang buat aku bahagia
Yang buat aku menangis
Yang buat aku jadi kuat
Yang buat aku jadi lemah
Tapi
Aku tak punya sesiapa untuk aku berkongsi tentang sakitnya aku.
Mungkin sbb aku xtahu mcm mne utk berkongsi.
Mungkin aku xsanggup membebankan sesiapa.
Kerana mungkin mereka lebih sakit.
Mungkin jugak aku terlalu mnjaga hati dan emosi mereka disekeliling aku.
Jadi aku pilih untuk menulis.
Aku xpernah rase aku hilang seperti ini.
Aku hilang semangat.
Aku hilang keseronokan
Aku hilang perasaan teruja.
Aku hilang semua rasa.
Aku hilang siapa diri aku.
Aku terlalu sedih dalam senyum ketawa aku.
Aku terlalu sunyi dalam dunia yg bising ni.
Aku terlalu rindu dalam kehidupan yg ramai ini.
Aku terlalu lemah utk terus bertahan sendirian.
Aku terlalu letih menyeka air mata yg hadir tanpa punca.
Aku cuma mahu berkongsi
yang aku Terlalu rindu pada keluarga aku
Yang aku terlalu takut kehilangan org yg aku sayang
Yang aku terlalu sakit utk berpura pura yg aku kuat sdgkan aku hanya mampu menagis utk diri aku sndri.
Yang aku sedang cuba utk bertahan dan berusaha utk buat yg terbaik walaupun aku da sampai tahap hampir putus asa dengan semua nya.
Ya aku Terlalu pentingkan diri.
Sdgkan mereka yg lain lebih berat ujiannya.
Tapi salahkah aku.
Salah kah aku untuk sesekali aku kalah dgn emosi aku.
Salah kah aku untuk sesekali aku rase mahu berhenti sekejap mnjadi kuat..
Aku cuma perlu lepaskan ape yg berbuku dihati ini walaupun tiada siapa peduli.
Semoga aku berjaya.
Semoga Sembuhlah seperti biase agar aku bole mnjadi yang terbaik buat mereka.
Mental dan emosi yg sedang sakit.
07082021.17.55
