layout

layout

Tuesday, July 13, 2021

RINDU

RINDU

Aku cuma rindu.
Rindu yg buat air mata mengalir tanpa diketahui punca. 
Rindu yg buat aku berjaga mlm seperti tak punya rase letih.
Rindu yg buat aku rase siang yg terlalu kosong berlalu tanpa sebarang rasa.

Aku cuma rindu.
Rindu pada diri yg bersemangat setiap masa. 
Rindu pada akal yg sentiasa berfikir tntg seronok nya melalui hari hari hidup aku.
Rindu pada rase teruja dengan cabaran hidup. 
Rindu pada rase bebasnya mnjadi diri sndri. 
Rindu untuk membahagiakan diri sendiri.

Biasanya setiap kali rindu ini dtg,
Penawar paling mujarab adalah mak ayah.
Cukup sekadar dpt balik bersalam, pelukan kasih syg, 
Meluangkan masa berkongsi cerita.
Makan bersama. Menatap wajah mereka. 
Cukup.
Itu terlalu cukup buat aku utk jd seorg yg sgt kuat.
Terlalu cukup utk bg kekuatan pada hati dan jiwa. 

Sakit.
Sampai bila aku harus sakit. 
Aku sudah sampai tahap dimana aku rasa terlalu putus asa dgn diri sendri.
Jauh dlm hati ini, semoga keadaan kembali pulih
Agar aku bisa berjumpa dengan penawar yg mampu
Memulihkan jiwa yg terlalu sakit ni. 

Aku dikelilingi dengan ramai org.
Aku hidup dalam satu kelompok yg terlalu besar
Itulah yg buatkan aku terlalu berhati hati
Berhati2 dlm mnjaga hati manusia disekeliling aku.
Tanpa aku sedar 
sbnrnya aku menidakan jiwa aku yg sebenarnya 
kerana aku terlalu berhati hati mnjaga hati. 

Aku terlalu takut berkongsi kegusaran kerana
Mungkin aku mnguris hati mereka disekeliling aku. 
Aku terlalu takut berkongsi kesedihan
Kerana mereka disekeliling aku terlalu sedih dgn ujiannya
Aku terlalu takut utk bersuara 
Kerana mgkin mereka disekeliling aku mungkin akan salah mentafsir
Sakit sungguh rase semua ni. 

Semoga rindu aku akan diubati. 

No comments:

Post a Comment